Tuesday, January 25, 2011

APA ITU KREATIVITI?
Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.
Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.
Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-
1. Peringkat ekspresif- ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)

2. Peringkat produktif-

3. Peringkat inventif- reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel

4. Peringkat inovatif- kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif

5. Peringkat emergen- kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak

Terdapat banyak usaha untuk mendefinisikan kreativiti. Percambahan definisi-definisi itu sendiri mencerminkan satu daya kreativiti antara definisi yang sering digunakan adalah seperti berikut:
- Kreativiti ialah membuatnya sekali lagi
- Kreativiti ialah melihatnya semula
- Kreativiti ialah keluar daripada kebiasaan
- Kreativiti ialah berani untuk berbeza
- Kreativiti ialah bersedia mengambil risiko
- Kreativiti ialah tidak mengatakan tidak mungkin
- Kreativiti ialah menyelesaikan sesuatu yang tidak mungkin diselesaikan
- Kreativiti ialah menggunakan bahagian kiri dan kanan otak
- Kreativiti ialah menarik rangsangan kepada orang yang sangsi
- Kreativiti ialah mempercayai mimpi di siang hari dan seterunsnya.

No comments:

Post a Comment