Monday, March 21, 2011

Penghasilan seni visual
Asas seni reka
Unsur- unsur seni
garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
ruang
Warna

prinsip seni

harmoni
Kontra
Penegasan
Imbangan
Irama dan peregerakan
Kepelbagaian
Kesatuan


Garisan
Definisi – garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak yang tertentu.
Jenis-jenis garisan
• Garisan putus-putus
• Garisan tebal
• Garisan berlingkar
• Garisan beralun
• Garisan berpancar
• Garisan nipas
• Garisan berbulu
Contoh-contoh bahan, media dan teknik yang dapat menghasilkan garisan adalah:
• Cat air – dengan menggunakan berus halus dan lembut.
• Renjisan
• Tiupan
• Cat poster- dengan menggunakan berus leper.
• Anyaman
• Pensel
Fungsi garisan dalam penghasilan seni visual
- Garisan melintang memberi gambaran tenang.
- Garisan pepenjuru memberi gambaran pergerakan.
- Garisan menimbulkan irama dan pergerakan ( contoh: garisan beralun)
- Garisan menegak memberi gambaran teguh dan stabil.
- Ulangan garisan dapat menghasilkan corak dan dapat menimbulkan form atau bentuk jika ia disusun dalam arah yang tertentu.
- Garisan pancaran memberi gambaran tenaga.
Rupa
Definisi – rupa ialah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak mempunyai jisim.
 Organik
Ciri- ciri
- tidak mempunyai sempadan yang tetap, direka secara tidak sengaja, dicipta secara spontan, tidak mempunyai sudut dan kelihatan hidup

 Geometri
Ciri- ciri
- Mempunyai sempadan yang tepat, direka dengan sengaja, mempunyai sudut atau pun melengkung, dicipta dengan alatan geometrid an kelihatan tidak hidup kerana kawalan sempadan

Positif
-Definisi – rupa positif adalah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.

 Negatif
- Definisi – rupa negatif merupakan ruang di keliling sesuatu objek.
Fungsi rupa
-Aplikasi rupa geometri menghasilkan gambaran yang tersusun, selesa dan kemas walaupun kelihatan bosan.
-Ia juga dapat diaplikasikan di dalam seni reka grafik san seni halus.
-Rupa geometrid dan rupa organic boleh diubah menjadi rupa negatif dan rupa positif.

Rupa dan corak
- Susunan rupa yang sama dalam bentuk ulangan yang tertentu menghasilkan corak.
- Susunan rupa yang sama secara bersentuhan dalam gaya ulangan yang berlainan menimbulkan rupa baru yang menjadi bahagian negatif rupa asal.

Rupa dan muka taip
-Muka taip adalah sejenis rupa dan bentuk huruf.
- ciri- ciri muka taip yang berkesan: mudah dibaca, menarik perhatian pembaca tentang judul tajuk, dan menyatakan maksud sesuatu mesej

Kumpulan muka taip:
1. Muka taip serif
- ABCDEFGHIJKLMNOP
-Mempunyai serif corak pena halus melengkung pada bahagian atas dan bawah ( contoh: tulisan roman)
2.Muka taip san serif
- ABCDEFGHIJKLMNOP
- Tidak mempunyai serif (contoh: Myriad)
3. Muka taip hiasan
- Abcdefghijklmnop
- Dihiaskan dalam bentuk corak-corak.
Rupa dan lambang
-Rupa boleh diringkaskan kepada lambang.
-Ciri- ciri muka taip yang berkesan:
i.Mempunyai daya tarikan yang hebat.
ii.Biasanya dalam bentuk olahan rupa positif dan negatif.
iii.Senang dikenal.
iv.Mudah diingat.

Bentuk
Definisi – bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, dan jisim lebih daripada satu permukaan.
Jenis-jenis bentuk
1.Bentuk konkrit- objek sebenar pada alam sekeliling yang bersifat tiga dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Contohnya arca.
2.Bentuk ilusi – bentuk maya atau ilusi yang bersifat dua dimensi yang sama rata apabila disentuh, tetapi dapat menggambarkan sifat tiga dimensi melalui penggunaan unsur seni. Contohnya catan dan lukisan.
3.Penghasilan bentuk dengan:
Garisan
-Bentuk konkrit : melalui teknik lilitan, ukiran kaligrafi dan anyaman.
-Bentuk ilusi: melalui teknik lakaran, lukisan, cetakan dan catan.
Rupa
-Bentuk konkrit : dihasilkan daripada rupa asas.
-Bentuk ilusi: dihasilkan daripada rupa asas melalui teknik lukisan, lorekan, catan dan sebagainya.



JALINAN
Definisi – jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
Jenis-jenis Jalinan
1.Jalinan sentuh
– bentuk jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan.
-jalinan sentuh boleh dipindahkan dari sesuatu objek ke atas permukaan yang rata melalui teknik gosokan dan capan.
2. Jalinan tampak – jalinan yang dapat dilihat tetapi tak dapat dirasa dengan sentuhan.
Contoh Teknik dan Media Mencipta Jalinan
Teknik dan Media

Potong dan tampal
Stensil
Pualaman
Lukisan dan catan
Kolaj
Capan
Membatik
Mencetak
Menenun
Mengait
Ikat dan celup
Menganya

Jenis Jalinan

Sentuh
Tampak
Tampak
Tampak
Sentuh
Tampak
Tampak
Tampak
Sentuh
Sentuh
Tampak
Sentuh



RUANG
Definisi – kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.
Jenis-jenis ruang
1.Ruang nyata – ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.
2.Ruang tampak- ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak.
Ruang dan Perspektif
-Garisan grid perspektif digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi tiga dimensi dalam kerja dua dimensi.
-Lukisan perspektif pandangan sesuatu objek berubah dari segi saiz, ketinggian, dan kelebarannya mengikut jarak yang tertentu.
Ruang dan warna
warna gelap menonjol dari latar cerah dan warna cerah menonjol dari latar gelap.
Ton warna dari cerah di hadapan beransur gelap ke belakang menimbulkan gambaram menjunam ke dalam manakala ton gelap di hadapan dan beransur cerah ke belakang kelihatan menonjol keluar.
Ruang dan Bentuk
Bentuk tidak boleh berubah tetapi ruang di kelilingnya akan berubah mengikut cara susunan bentuk.
Ruang penting dalam penghasilan segala bentuk tiga dimensi.
WARNA
Warna asas
•Dikenali sebagai warna utama
•Warna : merah, kuning dan biru
•Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain
•Merupakan warna yang paling hebat kuasanya
•Sesuai untuk ciptaan logo dan poster
Warna sekunder
•Dihasilkan dengan campuran dua warna asas
•Warna sekunder ialah jingga, hijau dan ungu
•Kuasa warna sekunder lemah dari warna asas tetapi lebih kuat dari warna tertier.
Warna tertier
•Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya.
•Warna tertier ialah kuning hijau, kuning jingga, merah jingga, merah ungu, biru ungu dan biru hijau.
•Kuasa warna tertier lebih lebih dari warna asas dan sekunder malah dapat mengurangkan kuasa warna yang lain.
Nilai warna
Ton warna
•Kesan pancaran terang dan gelap sesuatu warna
•Hasil campuran warna asal dengan warna hitam atau putih mengikut kadar tertentu
•Warna putih menjadikannya lebih terang dan warna hitam menjadikannya lebih gelap.
Warna kroma
•Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna
•Dihasilkan dengan cara mencampurkan warna tersebut dengan warna penggenapnya
•Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.
•Kuasa warna kroma : cerah, sederhana dan pudar.
Warna neutral
•Maksud : pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak di antara putih dan hitam
•Merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya.
•Tidak mempunyai kuasa langsung tetapi amat berguna untuk menurukan warna-warna lain
Gubahan warna
Sewarna
•Kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton dikenali sebagai warna monokkrom
•Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan warna putih.
•Nilai warna lebih tinggi jika dicampurkan dengan warna hitam
Warna harmoni
•Set atau kumpulan dua atau lebih warna yang terletak bersebelahan satu sama lain pada roda warna
•Dikenali sebagai warna sekeluarga
•Menimbulkan suasana yang selesa, seimbang dan menarik
Warna penggenap
Warna –warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna dikenali sebagai warna penggenap.
Contoh pasangan warna penggenap ialah:
Merah Hijau
Kuning Ungu
Biru Jingga
Merah jingga
Biru hijau
Kuning hijau
Merah ungu
Biru ungu
Kuning jingga

Suhu warna
Panas
-Merah ungu ke kuning dalam roda warna
-Warna-warna yang terdiri daripada objek-objek yang memancarkan cahaya dan tenaga seperti matahari dan api. Kehebatan warna dan cahaya yang tinggi.
Sejuk
-Hijau ke ungu dalam roda warna
-Warna sejuk paling : hijau dan biru
-Menimbulkan suasana kesegaran, kelembutan, tenang dan aman serta sunyi
-Kehebatan warna dan cahaya yang rendah
Warna bertindak
-Warna yang sama pada warna latar yang berlainan menimbulkan kesan yang berbeza
-Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan
-Apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang sama,tindakan negatif dihasilkan
Perspektif warna
-Warna berubah mengikut suasana dan jarak, objek yang dekat biasanya lebih jelas dan gelap warnanya, manakala objek yang jauh kelihatan lembut dan pudar warnanya
-Olahan warna tertentu dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif. Kesan perspektif akan lebih jelas kelihatan jika gubahan dibuat dalam kesan sewarna atau harmoni

Prinsip rekaan

Harmoni
Definisi – susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri bercanggah. Harmoni garisan, harmoni rupa, harmoni warna, harmoni jalinan, harmoni bentuk, harmoni ruang

Kontra
Definisi – wujud apabila satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain.
Ciri-ciri :Berhubungkait dengan focus, Ada ciri-ciri bertentangan, Mempunyai penegasan dan tumpuan, Mengelakkan kebosanan
Kontra garisan, kontra warna, kontra jalinan, kontra saiz atau rupa, kontra bentuk, kontra ruang

Penegasan
Definisi – suatu unsur untuk menarik perhatian. Berfungsi untuk memberi tumpuan kepada sesuatu.
Ciri-ciri- Menimbulkan fokus atau tumpuan , Menarik perhatian, Mengelakkan kebosanan
Kajian kontra melalui penggunaan unsur – unsur seni
•Menggunakan elemen-elemen yang berkontra- penegasan garisan, penegasan jalinan
•Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan- penegasan ruang, penegasan warna asing
•Meletakkan objek penegasan di pusat berpandukan garisan grid pancaran- penegasan warna, penegasan rupa

Imbangan
Definisi- imbangan merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian.
Simetri
-Unsur- unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah
-Garisan ‘axis’ boleh dilukis di tengah-tengah untuk memastikan yang kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.
Tidak simetri
-Unsur-unsur seni di bahagian kiri dan kanan atau atas bawah tidak sama
-Juga mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya

Irama dan pergerakan
Definisi- keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dan sebagainya.
Mengkaji kesan irama dan pergerakan dalam karya seni visual
-Catan, lukisan pensel, komik, ilustrasi, grafik computer, logo dan lambang

Kepelbagaian
Definisi- merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagaian gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Prinsip ini mempunyai hubungkait dengan prinsip kontra.
Ciri-ciri- mempunyai penggabungan pelbagai idea, gaya dan nilai yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Fungsi- memberi gaya dan variasi, menimbulkan tenaga, menggambarkan perbezaan identiti, memberikan daya tarikan

Kesatuan
Definisi- wujud pada satu objek atau gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
Fungsi: menimbulkan perasaan selesa, gambaran yang lengkap, kelihatan teratur, menimbulkan suasana yang tenteram.
KONSTRUKTIVISME

Pengertian Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid

Implikasi daripada pengertian Konstruktivisme

 Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
 Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
 Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pemgajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
 Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
 Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Ciri-ciri Pembelajaran secara Konstruktivisme

 Pembelajaran berpusatkan murid.
 Fokus kepada pembelajaran, bukan pengajaran.
 Guru sebagai fasilitator .
 Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
 Menyokong pembelajaran secara koperatif.
 Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
 Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
 Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
 Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
 Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
 Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
 Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

.
Pembelajaran secara konstruktivisme ini lebih banyak memberi kelebihan kepada pelajar dan antaranya ialah:
 Pelajar akan lebih banyak berfikir.
- Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
- Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

 Pelajar akan lebih banyak faham.
- Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
- Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

 Pelajar akan lebih ingat.
- Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

 Pelajar akan lebih yakin.
- Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.
- Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

 Pelajar akan lebih dalam kemahiran sosial.
- Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
- Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
 Pelajar akan lebih seronok.
- Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif.
- Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Peranan guru

 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
 Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
 Membantu murid menyedari kerelavanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
 Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
 Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal dan membuat hipotesis.
 Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
 Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
 Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.




Peranan murid
 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesame mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manupulatif atau interaktif dan menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.


Monday, February 28, 2011

UKIRAN LOGAM

Pengenalan
Di Semenanjung Malaysia, penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang melayu juga banyak menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain.

Ukiran Tembaga

Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi. Sekitar 4500 kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah. Campuran atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son, Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. Di Malaysia, artifak gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga’.




Proses Pembuatan

Di samping warnanya yang lebih menarik, tembaga cair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.

Acuan Penghapusan Lilin- teknik ini boleh dibahagikan kepada empat langkah:
Pembentukan – proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan.

Membuat Acuan – proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.

Lebur / Menuang – proses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar, lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaanya.

Mencuci / menggilap – proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi memcuci, memateri, mengikis dan menggilap. Tompok-tompok hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang diberikan kemasan halus dan berseri.

Kemasan

Semua barang yang telah siap digilap diperiksa untuk memastikan tiada kecacatan. Jika terdapat lubang halus, misalnya, lubang itu ditampal dengan timah hitam. Biasanya bahan-bahan tembaga dihiasi dengan biku-biku di kelilingnya. Motif yang popular banyak yang berbentuk geometri, awan larat dan bunga-bungaan. Untuk rekacorak yang lebih halus dan rumit, kaedah goresan timbul atau etching digunakan. Mula-mula rekacorak itu dilukis dan diambil gambarnya. Kemudian negatif gambar itu disalutkan selapis kimia khusus dan diturunkan ke atas permukaan tembaga.
Goresan/ukiran timbul Satu lagi teknik kerja kraftangan tembaga ialah teknik ukiran timbul atau tooling. Dalam teknik ini, kepingan tembaga ditekan supaya alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul, membentuk gambaran yang dikhendaki. Ruang yang tenggelam itu kemudian diisikan dengan sejenis gala yang mengeras dan memastikan gambaran yang terhasil tidak kemek.

Alat dan Proses

Kelengkapan utama yang diperlukan untuk kerja mengukir tembaga ialah penukul kayu, gunting, set alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Proses mengukir melibatkan langkah berikut:
 Reka corak yang ingin dihasilkan dilukis selengkapnya di atas kertas. Kemudian reka corak itu dipindahkan ke kepingan tembaga sama ada dengan menekapnya atau dengan membuat lukisan bernisbah, mengikut saiz yang diperlukan.
 Kepingan tembaga yang tertera dengan reka corak, diletakkan di atas sehelai kain selimut atau beberapa helai kertas yang dibentangkan di atas permukaan rata. Alas kain atau kertas ini membolehkan permukaan tembaga yang ditekan atau diketuk tenggelam tetapi tidak mencalarkan permukaan di sebaliknya.
 Dengan gaya memahat, penukul dengan cermat diketukkan ke kepala alat ukir hingga permukaan keeping tembaga perlahan-lahan lekuk. Kemudian bahagian yang lekuk itu diisikan dengan bahan lepa. Sekarang, biasanya simen digunakan sebagai bahan lepa, tetapi dahulu gala dempul lebih kerap digunakan. Dempul ialah campuran kapur dan minyak jarak.
 Apabila lepa kering, cat gelap disapukan pada seluruh permukaan reka corak. Kemudian, setelah cat kering, reka corak itu digilap. Dalam proses ini, bahan penggilap disapukan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menanggalkan cat dan menyerlahkan warna dan cahaya tembaga. Apabila sudah siap, kepingan tembaga hasil kraftangan dibingkaikan.

Penggunaan

Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga ialah tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dinding-dinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara.

Ukiran Perak

Seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan adalah agak baru jika dibandingkan dengan kesenian-kesenian ukiran yang lain. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi sejarah umumnya, didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak dari zaman Sri Vijaya lagi dan terus berkembang hingga ke daerah-daerah lain di nusantara. Ukiran perak seterusnya telah berkembang ke tahap industri kampong atau cottage industry apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 dan memajukan perusahaan ini.

Reka corak dan Motif

Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja, malahan juga pada pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Rekacorak dalam pertukangan perak merupakan ciri terpenting yang dikira dapat membezakan di antara rekacorak Melayu tradisi dengan rekacorak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek yang tertentu terhadap sejarah dan perkembangannya.

Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif tumbuh-tumbuhan dan binatang.
Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah:
 Bunga Mentari
 Bunga Padi
 Bunga Kiambang
 Bunga Senduduk
 Bungan Teratai
 Bunga Dahlia
 Bunga Langsat
 Bunga Mawar
 Bunga Orkid
 Bunga Kelambu
 Bunga Manggis
 Bunga Melur

Motif Flora
Tukang-tukang perak Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat dalam alam sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu rekacorak. Tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan adalah dari kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur atau ulam seperti;
 Daun Sembung Bidadari Pucuk Kangkung Daun Dalur Pucuk Paku Daun Sekati Lima Sulur Kacang Botol Daun Labu Sulur Kacang Panjang Daun Kundur Buah Cili Pucuk Petola

Motif Fauna

Kadang-kadang terdapat juga motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran perak masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan perak ini.

Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah ;
Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah

Proses Pembuatan

Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung samada barang yang hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul, kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk cincin, gelang, rantai dan sumpamanya.

Prosesnya adalah seperti berikut;

 Proses melebur adalah peringkat awal dalam kerja pertukangan perak. Perak mentah, berbentuk butir atau biji akan dipanaskan hingga cair atau di dalam acuan khas yang diperbuat besi penuang. Perak cair pada suhu 96 darjah celcius.
 Perak yang cair itu dituang ke dalam acuan besi menuang. Besi menuang mempunyai dua bentuk iaitu yang berbentuk leper bagaikan pinggan dan yang membentuk dawai kasar.
 Proses yang paling rumit dalam pertukangan perak ialah proses pembentukan barang yang ingin dihasilkan, daripada kepingan, atau dawai atau gabungan kedua-duanya. Bentuk barang itu hendaklah seimbang dan rata atau melengkung dengan tekal. Jika barang peranggu (set) yang dihasilkan, barang-barang yang sepatutnya sama besar mestilah sama besar.

Untuk barang kasar

 Pertama, tukang perak membuat pasolan iaitu rangka barang itu dengan ukuran seperti yang dikehendaki. Pasolan dibuat daripada zink nipis atau kertas tebal.
 Kemudian, perak leper daripada acuan diketuk di atas andas kayu yang rata, berlubang atau berbonggol. Seringkali dua atau tiga kayu andas diperlukan untuk mendapatkan sesuatu bentuk yang direka. Barang kasar jarang yang dapat dibentuk daripada cuma sekeping perak, biasanya beberapa bahagian diperlukan. Bahagian-bahagian itu dibentuk secara berasingan dan kemudian dicantum dengan pateri.
 Sebelum dipateri, bahagian-bahagian itu dibersihkan daripada kotoran, terutama minyak yang boleh menjejaskan cantuman. Untuk barang perhiasan halus, tukang lebih sebabg bekerja dengan perak dawai. Penggunaan dawai juga mengurangkan kemungkinan pembaziran kerana perak logam yang mahal.

 Barang kasar yang telah siap dibentuk, dikemaskan dengan corak hiasan dengan menggunakan 'teknik pahat' atau 'teknik tebuk' (gergaji). Kemudian barang itu dicuci dengan besi penggosok, dikikir dengan kikir halus dan dipelas dengan kertas pasir.

 Proses yang terakhir ialah proses menggilap. Barang-barang perak digilap dengan menggunakan air sabun dan berus dawai tembaga halus untuk menghapuskan kekotoran yang berminyak dan seterusnya menyerikan barang itu. Banyak barang kraftangan perak dihasilkan atas tempahan khusus.

Penggunaan

Jika dahulu, golongan bangsawan dan pembesar negeri yang banyak membuat tempahan, sekarang tempat mereka telah diambil alih oleh usahawan di sektor pelancongan, terutama pengusaha perhotelan. Dengan perubahan gaya hidup masyarakat, selera pengguna juga berubah. Kini kraftangan perak telah dipelbagaikan kegunaannya. Banyak yang dijadikan cenderamata tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kegunaan walaupun berbentuk perhiasan. Contohnya, penyangkut kelambu, cangkir, pinggan peranggu, kaki lilin, bekas abu rokok dan juga perhiasan diri seperti gelang dan rantai.

Tuesday, January 25, 2011

APA ITU KREATIVITI?
Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.
Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.
Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-
1. Peringkat ekspresif- ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)

2. Peringkat produktif-

3. Peringkat inventif- reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel

4. Peringkat inovatif- kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif

5. Peringkat emergen- kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak

Terdapat banyak usaha untuk mendefinisikan kreativiti. Percambahan definisi-definisi itu sendiri mencerminkan satu daya kreativiti antara definisi yang sering digunakan adalah seperti berikut:
- Kreativiti ialah membuatnya sekali lagi
- Kreativiti ialah melihatnya semula
- Kreativiti ialah keluar daripada kebiasaan
- Kreativiti ialah berani untuk berbeza
- Kreativiti ialah bersedia mengambil risiko
- Kreativiti ialah tidak mengatakan tidak mungkin
- Kreativiti ialah menyelesaikan sesuatu yang tidak mungkin diselesaikan
- Kreativiti ialah menggunakan bahagian kiri dan kanan otak
- Kreativiti ialah menarik rangsangan kepada orang yang sangsi
- Kreativiti ialah mempercayai mimpi di siang hari dan seterunsnya.
DISCOVERY LEARNING ( PENEMUAN PEMBELAJARAN).
.Salah satu model pembelajaran kognitif dari Bruner (1968) adalah belajar penemuan. Model ini menitikberatkan pada keaktifan pelajar dalam proses belajar. Penemuan merupakan suatu proses mental dimana pelajar terlibat langsung dalam menggunakan proses mentalnya, untuk menemukan suatu konsep atau prinsip (Dahar, 1996). Sesuai dengan yang dikemukakan Dahar, Amien (1987) juga menyatakan bahwa penemuan adalah suatu proses mental di mana anak atau individu mengasimilasi konsep dan prinsip-prinsip. Daripada dua pendapat tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa penemuan terjadi apabila pelajar terlibat dalam menggunakan proses mentalnya, untuk menemukan beberapa konsep atau prinsip. Proses mental yang dilakukan pelajar diantaranya: mengamati, mengolongkan, membuat dugaan, menjelaskan, mengukur, membuat kesimpulan dan sebagainya.
Cara belajar penemuan menurut Riedesel (dalam Supriadi, 2000) menekankan pada pencarian hubungan antara bentuk atau pola untuk memahami struktur dari masalah yang timbul. Belajar penemuan penting dalam pembelajaran kerana proses pembelajaran ini selalu melibatkan pelajar dalam perbincangan, memungkinkan pelajar dapat bekerjasama dalam menyelesaikan suatu masalah. Pembelajaran dengan model penemuan harus meliputi pengalaman-pengalaman belajar untuk menjamin pelajar dapat mengembangkan proses-proses penemuannya.
Pengetahuan yang diperoleh melalui penemuan menunjukkan beberapa kebaikan. Pertama, pengetahuan itu bertahan lama, bila dibandingkan dengan pengetahuan yang dipelajari dengan cara lain. Kedua, hasil belajarnya mempunyai kesan yang lebih baik daripada hasil belajar yang lain. Ketiga, secara menyeluruh hasil belajar penemuan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan kemampuan untuk berfikir secara bebas (Dahar, 1996). Selanjutnya menurut Keegen (1995) belajar penemuan dapat mendorong siswa untuk meningkatkan konsep dan mempunyai kesan yang positif untuk belajar dan mengembangkan pengetahuan.
Sagala (2003) menyatakan bahwa pendekatan penemuan merupakan pendekatan mengajar yang berusaha meletakkan dasar dan mengembangkan cara berfikir ilmiah, pendekatan ini menempatkan pelajar lebih banyak belajar sendiri, mengembangkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Pelajar ditempatkan sebagai subjek belajar. Peranan guru dalam pendekatan penemuan adalah sebagai pembimbing belajar dan fasilitator belajar. Tugas utama guru melontarkan masalah yang perlu dilontarkan kepada kelas untuk dipecahkan oleh siswa sendiri. Selajutnya guru adalah menyediakan sumber belajar bagi siswa dalam rangka pemecahan masalah.
Suchman (Joice and Weil, 2000) mengembangkan model pembelajaran dengan pendekatan penemuan. Model pembelajaran ini melatih pelajar suatu proses untuk menyiasat dan menjelaskan suatu fenomena yang tidak biasa. Model pembelajaran ini mengajak pelajar untuk melakukan hal yang serupa seperti para ilmuwan dalam usaha mereka untuk mengorganisi pengetahuan dan membuat prinsip-prinsip. Model pembelajaran ini akan lebih menyadarkan pelajar tentang proses penyelidikannya dan belajar tentang prosedur ilmiah secara langsung dan membawa pelajar pada sikap bahawa semua pengetahuan bersifat tentatif. Suchman (Karli, 2002).
Macam-macam pembelajaran dengan model penemuan (discovery) menurut Amien (1987), diantaranya adalah: 1) guided discovery, 2) modified discovery, dan 3) free discovery. Metod penemuan yang digunakan pada penelitian ini adalah jenis modified discovery, dimana guru memberikan problem atau masalah kepada pelajar, kemudian pelajar menyelesaikan masalah melalui pengamatan, eksplorasi atau melalui prosedur penelitian untuk memperoleh jawapan. Metod ini dipilih peneliti agar dapat mempunyai pelbagai cara dalam pembelajaran, kerana kemampuan pelajar pada populasi penelitian yang direncanakan peneliti adalah rendah rendah, dan sangat jarang melakukan praktikum khususnya pelajaran. Bimbingan dan pengawasan guru masih tetap diperlukan, namun intervensi terhadap kegiatan pelajar dalam pemecahan masalah harus dikurangi. Tugas guru memberikan masalah untuk diselesaikan oleh pelajar sendiri, menyediakan sumber belajar untuk menyelesaikan masalah, mengarahkan pembelajaran kepada penemuan dan penyelesaian masalah, untuk meningkatkan keterampilan intelektual pelajar yang menjadi indikator dari belajar penemuan.

Tahap-tahap penggunaan model belajar penemuan dalam pembelajaran menurut Amien (1987) dapat dihuraikan sebagai berikut:
a. Tahap pertama adalah perbincangan
Pada tahap ini guru memberikan pertanyaan kepada pelajar untuk dibincangakan secara bersama-sama sebelum lembaran kerja pelajar diberikan kepada pelajar . Tahap ini dimaksudkan untuk mengungkap konsep awal pelajar tentang pembelajaran yang akan dipelajari.
b. Tahap kedua adalah proses.
Pada tahap ini pelajar mengadakan kegiatan laboratorium sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam lembar kerja pelajar gunakan untuk membuktikan sekaligus menemukan konsep yang sesuai dengan konsep yang benar.
c. Tahap ketiga merupakan tahap penyelesaian masalah.
Setelah mengadakan kegiatan laboratorium pelajar diminta untuk membandingkan hasil perbincangan sebelum kegiatan laboratorium dengan hasil setelah laboratorium sesuai dengan lembaran kerja pelajar hingga menemukan konsep yang benar tentang masalah yang ingin diselesaikan.
salam perkenalan...pertama kali membuka blog...lum explore lg sepenuhnya...lepas ni aku akan explore sedalam-dalamnya...