Monday, March 21, 2011

Penghasilan seni visual
Asas seni reka
Unsur- unsur seni
garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
ruang
Warna

prinsip seni

harmoni
Kontra
Penegasan
Imbangan
Irama dan peregerakan
Kepelbagaian
Kesatuan


Garisan
Definisi – garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak yang tertentu.
Jenis-jenis garisan
• Garisan putus-putus
• Garisan tebal
• Garisan berlingkar
• Garisan beralun
• Garisan berpancar
• Garisan nipas
• Garisan berbulu
Contoh-contoh bahan, media dan teknik yang dapat menghasilkan garisan adalah:
• Cat air – dengan menggunakan berus halus dan lembut.
• Renjisan
• Tiupan
• Cat poster- dengan menggunakan berus leper.
• Anyaman
• Pensel
Fungsi garisan dalam penghasilan seni visual
- Garisan melintang memberi gambaran tenang.
- Garisan pepenjuru memberi gambaran pergerakan.
- Garisan menimbulkan irama dan pergerakan ( contoh: garisan beralun)
- Garisan menegak memberi gambaran teguh dan stabil.
- Ulangan garisan dapat menghasilkan corak dan dapat menimbulkan form atau bentuk jika ia disusun dalam arah yang tertentu.
- Garisan pancaran memberi gambaran tenaga.
Rupa
Definisi – rupa ialah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak mempunyai jisim.
 Organik
Ciri- ciri
- tidak mempunyai sempadan yang tetap, direka secara tidak sengaja, dicipta secara spontan, tidak mempunyai sudut dan kelihatan hidup

 Geometri
Ciri- ciri
- Mempunyai sempadan yang tepat, direka dengan sengaja, mempunyai sudut atau pun melengkung, dicipta dengan alatan geometrid an kelihatan tidak hidup kerana kawalan sempadan

Positif
-Definisi – rupa positif adalah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.

 Negatif
- Definisi – rupa negatif merupakan ruang di keliling sesuatu objek.
Fungsi rupa
-Aplikasi rupa geometri menghasilkan gambaran yang tersusun, selesa dan kemas walaupun kelihatan bosan.
-Ia juga dapat diaplikasikan di dalam seni reka grafik san seni halus.
-Rupa geometrid dan rupa organic boleh diubah menjadi rupa negatif dan rupa positif.

Rupa dan corak
- Susunan rupa yang sama dalam bentuk ulangan yang tertentu menghasilkan corak.
- Susunan rupa yang sama secara bersentuhan dalam gaya ulangan yang berlainan menimbulkan rupa baru yang menjadi bahagian negatif rupa asal.

Rupa dan muka taip
-Muka taip adalah sejenis rupa dan bentuk huruf.
- ciri- ciri muka taip yang berkesan: mudah dibaca, menarik perhatian pembaca tentang judul tajuk, dan menyatakan maksud sesuatu mesej

Kumpulan muka taip:
1. Muka taip serif
- ABCDEFGHIJKLMNOP
-Mempunyai serif corak pena halus melengkung pada bahagian atas dan bawah ( contoh: tulisan roman)
2.Muka taip san serif
- ABCDEFGHIJKLMNOP
- Tidak mempunyai serif (contoh: Myriad)
3. Muka taip hiasan
- Abcdefghijklmnop
- Dihiaskan dalam bentuk corak-corak.
Rupa dan lambang
-Rupa boleh diringkaskan kepada lambang.
-Ciri- ciri muka taip yang berkesan:
i.Mempunyai daya tarikan yang hebat.
ii.Biasanya dalam bentuk olahan rupa positif dan negatif.
iii.Senang dikenal.
iv.Mudah diingat.

Bentuk
Definisi – bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, dan jisim lebih daripada satu permukaan.
Jenis-jenis bentuk
1.Bentuk konkrit- objek sebenar pada alam sekeliling yang bersifat tiga dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Contohnya arca.
2.Bentuk ilusi – bentuk maya atau ilusi yang bersifat dua dimensi yang sama rata apabila disentuh, tetapi dapat menggambarkan sifat tiga dimensi melalui penggunaan unsur seni. Contohnya catan dan lukisan.
3.Penghasilan bentuk dengan:
Garisan
-Bentuk konkrit : melalui teknik lilitan, ukiran kaligrafi dan anyaman.
-Bentuk ilusi: melalui teknik lakaran, lukisan, cetakan dan catan.
Rupa
-Bentuk konkrit : dihasilkan daripada rupa asas.
-Bentuk ilusi: dihasilkan daripada rupa asas melalui teknik lukisan, lorekan, catan dan sebagainya.



JALINAN
Definisi – jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
Jenis-jenis Jalinan
1.Jalinan sentuh
– bentuk jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan.
-jalinan sentuh boleh dipindahkan dari sesuatu objek ke atas permukaan yang rata melalui teknik gosokan dan capan.
2. Jalinan tampak – jalinan yang dapat dilihat tetapi tak dapat dirasa dengan sentuhan.
Contoh Teknik dan Media Mencipta Jalinan
Teknik dan Media

Potong dan tampal
Stensil
Pualaman
Lukisan dan catan
Kolaj
Capan
Membatik
Mencetak
Menenun
Mengait
Ikat dan celup
Menganya

Jenis Jalinan

Sentuh
Tampak
Tampak
Tampak
Sentuh
Tampak
Tampak
Tampak
Sentuh
Sentuh
Tampak
Sentuh



RUANG
Definisi – kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.
Jenis-jenis ruang
1.Ruang nyata – ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit.
2.Ruang tampak- ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak.
Ruang dan Perspektif
-Garisan grid perspektif digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi tiga dimensi dalam kerja dua dimensi.
-Lukisan perspektif pandangan sesuatu objek berubah dari segi saiz, ketinggian, dan kelebarannya mengikut jarak yang tertentu.
Ruang dan warna
warna gelap menonjol dari latar cerah dan warna cerah menonjol dari latar gelap.
Ton warna dari cerah di hadapan beransur gelap ke belakang menimbulkan gambaram menjunam ke dalam manakala ton gelap di hadapan dan beransur cerah ke belakang kelihatan menonjol keluar.
Ruang dan Bentuk
Bentuk tidak boleh berubah tetapi ruang di kelilingnya akan berubah mengikut cara susunan bentuk.
Ruang penting dalam penghasilan segala bentuk tiga dimensi.
WARNA
Warna asas
•Dikenali sebagai warna utama
•Warna : merah, kuning dan biru
•Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain
•Merupakan warna yang paling hebat kuasanya
•Sesuai untuk ciptaan logo dan poster
Warna sekunder
•Dihasilkan dengan campuran dua warna asas
•Warna sekunder ialah jingga, hijau dan ungu
•Kuasa warna sekunder lemah dari warna asas tetapi lebih kuat dari warna tertier.
Warna tertier
•Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya.
•Warna tertier ialah kuning hijau, kuning jingga, merah jingga, merah ungu, biru ungu dan biru hijau.
•Kuasa warna tertier lebih lebih dari warna asas dan sekunder malah dapat mengurangkan kuasa warna yang lain.
Nilai warna
Ton warna
•Kesan pancaran terang dan gelap sesuatu warna
•Hasil campuran warna asal dengan warna hitam atau putih mengikut kadar tertentu
•Warna putih menjadikannya lebih terang dan warna hitam menjadikannya lebih gelap.
Warna kroma
•Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna
•Dihasilkan dengan cara mencampurkan warna tersebut dengan warna penggenapnya
•Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.
•Kuasa warna kroma : cerah, sederhana dan pudar.
Warna neutral
•Maksud : pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak di antara putih dan hitam
•Merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya.
•Tidak mempunyai kuasa langsung tetapi amat berguna untuk menurukan warna-warna lain
Gubahan warna
Sewarna
•Kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton dikenali sebagai warna monokkrom
•Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan warna putih.
•Nilai warna lebih tinggi jika dicampurkan dengan warna hitam
Warna harmoni
•Set atau kumpulan dua atau lebih warna yang terletak bersebelahan satu sama lain pada roda warna
•Dikenali sebagai warna sekeluarga
•Menimbulkan suasana yang selesa, seimbang dan menarik
Warna penggenap
Warna –warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna dikenali sebagai warna penggenap.
Contoh pasangan warna penggenap ialah:
Merah Hijau
Kuning Ungu
Biru Jingga
Merah jingga
Biru hijau
Kuning hijau
Merah ungu
Biru ungu
Kuning jingga

Suhu warna
Panas
-Merah ungu ke kuning dalam roda warna
-Warna-warna yang terdiri daripada objek-objek yang memancarkan cahaya dan tenaga seperti matahari dan api. Kehebatan warna dan cahaya yang tinggi.
Sejuk
-Hijau ke ungu dalam roda warna
-Warna sejuk paling : hijau dan biru
-Menimbulkan suasana kesegaran, kelembutan, tenang dan aman serta sunyi
-Kehebatan warna dan cahaya yang rendah
Warna bertindak
-Warna yang sama pada warna latar yang berlainan menimbulkan kesan yang berbeza
-Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan
-Apabila dua warna menimbulkan kesan ton dan nilai yang sama,tindakan negatif dihasilkan
Perspektif warna
-Warna berubah mengikut suasana dan jarak, objek yang dekat biasanya lebih jelas dan gelap warnanya, manakala objek yang jauh kelihatan lembut dan pudar warnanya
-Olahan warna tertentu dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif. Kesan perspektif akan lebih jelas kelihatan jika gubahan dibuat dalam kesan sewarna atau harmoni

Prinsip rekaan

Harmoni
Definisi – susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri bercanggah. Harmoni garisan, harmoni rupa, harmoni warna, harmoni jalinan, harmoni bentuk, harmoni ruang

Kontra
Definisi – wujud apabila satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain.
Ciri-ciri :Berhubungkait dengan focus, Ada ciri-ciri bertentangan, Mempunyai penegasan dan tumpuan, Mengelakkan kebosanan
Kontra garisan, kontra warna, kontra jalinan, kontra saiz atau rupa, kontra bentuk, kontra ruang

Penegasan
Definisi – suatu unsur untuk menarik perhatian. Berfungsi untuk memberi tumpuan kepada sesuatu.
Ciri-ciri- Menimbulkan fokus atau tumpuan , Menarik perhatian, Mengelakkan kebosanan
Kajian kontra melalui penggunaan unsur – unsur seni
•Menggunakan elemen-elemen yang berkontra- penegasan garisan, penegasan jalinan
•Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan- penegasan ruang, penegasan warna asing
•Meletakkan objek penegasan di pusat berpandukan garisan grid pancaran- penegasan warna, penegasan rupa

Imbangan
Definisi- imbangan merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian.
Simetri
-Unsur- unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah
-Garisan ‘axis’ boleh dilukis di tengah-tengah untuk memastikan yang kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.
Tidak simetri
-Unsur-unsur seni di bahagian kiri dan kanan atau atas bawah tidak sama
-Juga mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya

Irama dan pergerakan
Definisi- keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dan sebagainya.
Mengkaji kesan irama dan pergerakan dalam karya seni visual
-Catan, lukisan pensel, komik, ilustrasi, grafik computer, logo dan lambang

Kepelbagaian
Definisi- merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagaian gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Prinsip ini mempunyai hubungkait dengan prinsip kontra.
Ciri-ciri- mempunyai penggabungan pelbagai idea, gaya dan nilai yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Fungsi- memberi gaya dan variasi, menimbulkan tenaga, menggambarkan perbezaan identiti, memberikan daya tarikan

Kesatuan
Definisi- wujud pada satu objek atau gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
Fungsi: menimbulkan perasaan selesa, gambaran yang lengkap, kelihatan teratur, menimbulkan suasana yang tenteram.

No comments:

Post a Comment